Wednesday, 16 January 2013
Pemain Buangan Tunjuk Kemampuan
2 pemain buangan BAM, Mohd Razif Abdul Latif-Vountus Indra Mawan yang didakwa bekas jurulatih Tan Kim Her dan BAM gagal menghasilkan keputusan memberangsangkan serta xpunyai kemahiran tinggi, membuktikan mereka lebih baik daripada gandingan badan induk badminton negara itu.
Gandingan itu melangkah ke undian utama apabila membenam cabaran gandingan Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid-Teo Kok Siang 21-18, 21-15 dalam masa 27 minit, pada perlawanan kelayakan ke-2 semalam.
“Saya amat gembira hari ini (semalam) kerana selepas disingkir BAM, kami buktikan masih boleh hidup di luar,” kata Razif yang pertama kali bergandingan dengan Vountus
“Kami tidak bagus dan tidak ada kemahiran tapi boleh menewaskan pemain BAM.” Razif meninggalkan BAM pada Oktober 2010 manakala Vountus disingkir September tahun lalu meskipun gandingannya Lutfi dikekalkan dengan alasan memiliki kemahiran lebih baik.
“Apa yang berlaku hari ini (semalam) menunjukkan betapa pentingnya jurulatih yang baik. Kami berjaya kerana dibimbing seorang legenda (Razif Sidek) yang tahu kekuatan kami dan bijak mengatur strategi,” kata Vountus
“Saya tidak pasti adakah kami akan terus bersama, semuanya bergantung kepada perancangan jurulatih Razif. Malah kami memerlukan penaja untuk menaja kami di setiap kejohanan disertai.
“Saya kasihan melihat Lutfi dan Kok Siang kerana mereka memiliki pelbagai kelebihan di BAM tapi tidak mampu untuk menang.” Kemenangan itu membolehkan Razif-Vountus berdepan dgn Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia di pusingan sterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment