Wednesday 11 December 2013

Wei Feng Pulang Awal


Gambar: tired after workout

Chong Wei Feng kandas awal namun Iskandar Zulkarnain Zainuddin masih teruskan cabaran negara dalam acara perseorangan badminton lelaki Sukan SEA.

Wei Feng yang bertanding kali pertama dalam acara individu pada temasya ini, kalah pada pusingan pertama lagi kepada pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon 19-21, 12-21 di Stadium Tertutup Wunna Theikdi.

Manakala Iskandar Zulkarnain pula menjinakkan pemain Vietnam, Nguyen Hoang Nam 21-12, 21-10 untuk bertemu pemain Indonesia, Prasetyo Yuli Wisnu pada suku akhir.

“Saya ada peluang untuk cuba meraih pingat dan akan gunakan peluang ini selepas Wei Feng kalah "
“Tapi saya perlu bermain lebih baik pada suku akhir untuk merealisasikan impian itu,” kata Iskandar yang turut pertama kali beraksi dalam sukan SEA.

“Semuanya kerana kesilapan saya. Saya juga agak tertekan dengan harapan yang diletakkan di bahu saya hingga menjejaskan persembahan di gelanggang,” kata Wei Feng

No comments:

Post a Comment