Friday 13 April 2012

BaBai ReXy MainAkY

(Kanan: Gambar bersama Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai)




SETELAH hampir tujuh tahun bkerja dgn BAM, akhirnye Rexy surrender gak.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai tlah mengsahkan bahawa Rexy telah meletak jawatan sebagai jurulatih badan induk sukan badminton negara.
Katanya, Rexy telah bgi surat peletakan jawatannya pada tengah bulan 3 dan barisan Exco BAM sebulat suara menerima keputusan tersebut.



“Dengan keputusan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Rexy sepanjang khidmatnya bersama BAM."

“Beliau telah melaksanakan tugasnya dengan baik terutama ketika membawa beregu lelaki (Koo Kien Keat-Tan Boon Heong) bergelar pasangan No. 1 dunia sebelum ini."

“Namun, Rexy akan terus melaksanakan tugas sebagai jurulatih sehingga hujung bulan 4. Siapa yang akan menggantikan Rexy hanya akan diputuskan selepas mesyuarat C&T (Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM) hujung bulan ini,” kata Chin Chai dgn panjg lebar di Bukit Jalil..



Kata Rexy, Dia tnggalkan Malaysia bukn kerana wang, Klu krna wang dah lama dia bla g Rusia.Dedahnya pihak Rusia twarkan dia gaji AS$12,000 (RM 36,825). Lumayan tuhh, & ini juga bermakna gaji dia dgn BAM lagi ckt dr ape yg dtwarkan la kan...mayb 15k??20k??25k??ntah le...hnye org2 trtntu je tau kih3..Rexy jga turut trima tawaran untuk membimbing skuad badminton Indonesia, England dan Filipina. Tp las2 minit dia pilih FILIPINA..



“Saya ingin tegaskan bahawa keputusan saya ini hanya disebabkan mahu mencari sesuatu yang lebih mencabar dan tidak ada sebab lain."

“Dengan Filipina yang hanya memiliki 20 pemain setakat ini, saya diberi tanggungjawab untuk mencari pemain-pemain yang berbakat daripada seluruh pelosok negara tersebut bagi diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi."

“Selain itu, saya juga diberi tugas untuk merangka program latihan buat pemain-pemain mereka. Tugas saya bersama Filipina akan bermula pada 1 Mei ini,” jelas Rexy..



Untuk rekod, Rexy mula bersama BAM pada 7 Julai 2005 sebagai ketua jurulatih beregu lelaki negara.

Kejayaan pertama yang dilakar jurulatih kelahiran Indonesia itu bersama skuad negara adalah ketika membawa Kien Keat-Boon Heong memenangi pingat emas pada temasya Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

Setahun kemudian, Kien Keat-Boon Heong bergelar juara pada Kejohanan Badminton Seluruh England 2007 selain memegang status beregu No. 1 dunia pada 2010.

Bagaimanapun, selepas pasangan tersebut bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam saingan tahun lalu, Rexy telah ditukar menjadi ketua jurulatih beregu wanita.

Kini, jurulatih berusia 44 tahun itu telah meletakkan beregu utama wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui berada pada landasan yang tepat untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London Julai depan.

Sepanjang kariernya sebagai pemain, Rexy telah merangkul pelbagai kejayaan termasuk pingat emas Sukan Olimpik 1996 di Atlanta dalam acara beregu lelaki bersama gandingannya, Ricky Subagja


Semoga berjaya lah Rexy di Filipina nnti..

No comments:

Post a Comment