Wednesday 18 April 2012

BeTul kE PeSawaT MIG-29N Di AkAn dGanti Dgn TyPhOOn??

Penggantian pesawat pejuang MiG-29N dengan pesawat baharu bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini di peringkat penilaian. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sedang mengkaji keupayaan dan spesifikasi pesawat yang dikeluarkan oleh beberapa syarikat agar menepati keperluan TUDM. Katanya, pihaknya juga sedang meneliti tawaran pakej pembelian pesawat pejuang termasuk aspek tawaran timbal balik yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti pemindahan teknologi dan tempoh bayaran. “Keputusan muktamad masih belum dibuat kerana kita perlu berbincang tentang soal peruntukan negara,” katanya

No comments:

Post a Comment