Tuesday, 20 November 2012

Laluan LCW Dijangka Mudah Di Terbuka Hong Kong 2012

YONEX-SUNRISE Hong Kong Open 2012

Datuk Lee Chong Wei dijangka tiada masalah  ke separuh akhir Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong, bermula hari ini.

Pemain nmbor 1 dunia itu dijadual bertemu Boonsak Ponsana di pusingan pertama sebelum berdepan pemain seperti Wang Zhengming dari China, Hao Hsu Jen dari Taiwan dan Tien Minh Nguyen dari Vietnam pada pusingan kedua dan suku akhir.

Cabaran sebenar Chong Wei bermula sekiranya layak ke separuh akhir apabila mungkin berdepan dgn Du Pengyu , Kenichi Tago atau Taufik Hidayat .

Pemain pilihan yang turut beraksi termasuklah Chen Long dan Chen Jin dari China, Sho Sasaki (Jepun) dan Jan O Jorgensen (Denmark) yang diundi dalam kumpulan lain.

Selepas tewas di tangan pemain China, Lin Dan pada separuh akhir tahun lalu, ketiadaan seteru utamanya itu kali ini pasti memberi peluang kepada Chong Wei untuk menebus kekecewaan itu.

Turun sebagai pilihan pertama, dia turut berpotensi merangkul kejuaraan bagi kali ketiga selepas berjaya melakukannya pada 2010 dan 2009.

Terbuka Hong Kong juga pertandingan sulung buat pemenang pingat perak Olimpik itu selepas mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain badminton negara, Wong Mew Choo, dua minggu lalu.

Chong Wei mengetuai barisan pemain negara yang turut mengambil bahagian, antaranya perseorangan lelaki, Liew Daren dan Chong Wei Feng, beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Kejohanan menawarkan wang tunai AS$350,000 (RM1.07 juta) itu bermula dengan pusingan kelayakan, hari ini manakala pusingan utama dijadual esok.

Pemain perseorangan negara yang bertanding hari ini bagi merebut empat tempat di pusingan utama ialah Muhammad Arif Abdul Latif, Misbun Ramdan Mohamed Misbun, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Zulfadli Zulkifli

No comments:

Post a Comment