Wednesday 10 April 2013

Indonesia Sekat Kemasukan Shuttle Dari China



Keputusan pihak berkuasa Indonesia menyekat pengimportan shuttle dari China bimbangkan peminat sukan badminton di negara ini, kata beberapa pegawai semalam.
Pemerintah Indonesia telah mengharamkan produk import ayam dan itik termasuk pelepah itik kering dari China yang digunakan untuk membuat shuttle.
Keputusan itu dibuat selepas virus selesema burung, H7N9 yang melanda timur China telah mengorbankan tujuh orang manakala 24 lagi jatuh sakit.
Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) berkata, keputusan itu boleh menyebabkan kekurangan shuttle apabila 40 peratus daripadanya diimport dari negara luar terutamanya China.
"Saya berharap larangan itu bukan keputusan yang terakhir kerana saya bimbang ia akan memberi kesan terhadap bekalan shuttle," kata jurucakap PBSI, Ricky Subagja.
Menurut Subagja, pemain-pemain badminton profesional negara ini cenderung menggunakan shuttle buatan China.

No comments:

Post a Comment