Thursday 18 April 2013

Sistem Hawkeye Akan Digunakan Dalam Badminton


Badminton dijangka mengikut jejak langkah tenis dan bolasepak dgn gunakan teknologi hawkeye bagi mengkaji keraguan terhadap keputusan penjaga garisan.

Satu ujian akan dimulakan pada Piala Sudirman di Kuala Lumpur bulan depan sebelum  hawkeye itu digunakan sepenuhnya pada Terbuka Indonesia September ini, menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.

“Apa yang kami lakukan sama dengan sukan lain, peraturan dan prinsip pada dasarnya sama dengan sukan seperti tenis, sekalipun teknologi dan prosesnya mungkin sedikit berbeza,” kata Timbalan Presiden BWF Paisan Rangsikitpho.

“Akhirnya kami mahu memantapkan integriti perlawanan dan keputusan yang dibuat.” Namun, sistem baru itu masih dalam peringkat perancangan dan BWF masih belum memutuskan teknologi yang akan digunakan, tidak sampai sebulan sebelum Piala Sudirman.

“Keputusan ini lebih mengenai peraturan berbanding teknologi sebenar yang digunakan,” kata Rangsikitpho.

“Kami masih menimbangkan beberapa pilihan tapi ia tetap sistem menggunakan kamera yang memungkinkan pengadil mengkaji semula keputusan penjaga garisan dengan teknologi gerak perlahan.

“Kami mahu mekanikal operasi ini berjalan lancar dan memastikan kedua-dua pemain dan pegawai perlawanan memahami bagaimana ia patut dilakukan, langkah demi langkah. Itulah keutamaan kami ketika ini.” Sistem Hawk-Eye dari Britain kini digunakan secara meluas dalam sukan tenis & kriket antarabangsa.


No comments:

Post a Comment