Saturday, 22 September 2012
Koo-Tan Masih Berbisa
AKSI Chong Wei Feng bertambah matang namun bukan saingan Datuk Lee Chong Wei manakala gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong cuba membuktikan kombinasi mereka masih relevan selepas mara ke separuh akhir Siri Super Terbuka Jepun, hari ini.
Pemain nombor dua dunia, Chong Wei tiada masalah untuk ke separuh akhir menebus kegagalannya mempertahankan kejuaraan tahun lalu apabila menang 21-15, 21-15 untuk berdepan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro yang turut menewaskan rakan senegara, Taufik Hidayat 21-19, 21-14.
Sementara satu lagi pertemuan separuh akhir perseorangan menemukan jaguh Thailand Boonsak Ponsana dengan pemain Hong Kong, Hu Yun.
Kien Keat-Boon Heong pula terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan gandingan Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato 21-10, 17-21, 21-10.
Mereka akan berdepan rakan senegara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong di separuh akhir selepas menewaskan, Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata, 21-19, 21-11.
Manakala gandingan Korea, Kim Ki Jung-Kim Sa Rang akan menentang beregu Jepun Hiroyuki Saeki-Ryota Taohata.
Label:
Japan Open 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment