Wednesday, 31 October 2012
Lee Chong Wei Akan Muncul Depan Media Buat Kali Pertama Dalam Sidang Akhbar Perkahwinannya
BINTANG badminton dunia Datuk Lee Chong Wei akan muncul di depan media buat kali pertama dalam sidang akhbar perkahwinannya dengan bekas ratu badminton negara, Wong Mew Choo Jumaat ini ketika mencuba persalinan untuk majlis perkahwinan 9 dan 10 November depan.
Hal itu disahkan Pengarah Pemasaran dan Penjenamaan Chong Wei BinaJaya Sdn Bhd, Sachi Choo.
“Chong Wei dan Mew Choo akan menghadiri sidang media selepas mencuba persalinan pengantin di Jalan Imbi, Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui.
Mempelai itu akan mencuba pakaian pengantin untuk majlis risepsi dua malam di butik D&L, Jalan Imbi.
Dalam dua sidang akhbar perkahwinan mereka sebelum ini, kedua-dua mempelai tidak hadir kerana sibuk dengan persiapan serta Chong Wei mengikuti pertandingan antarabangsa.
Sementara itu, semua pemain kebangsaan sudah membuat pengesahan untuk hadir ke majlis risepsi itu.
Rakan baik Chong Wei dari Indonesia, Taufik Hidayat juga akan hadir, namun Peter Gade dan Lin Dan mungkin tidak dapat memeriahkan majlis bersejarah perkahwinan pasangan badminton kedua tahun ini.
Gade dikatakan sibuk mempromosi buku biografinya ketika mengakhiri kerjayanya tahun ini, sementara pemain nombor dua dunia dari China, Lin Dan menyertai Siri Super Terbuka China.
Label:
Lee Chong Wei,
Wong Mee choo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment