Thursday 14 June 2012
RM 2juta utk pmnag emas Olimpik 2012
Dengan Majlis Sukan Negara (MSN) sudahpun menawarkan RM1 juta buat atlet yang meraih pingat emas Sukan Olimpik, semalam syarikat perabot, 3V Holdings menyumbangkan RM1 juta lagi buat atlet yang mampu membawa pulang emas dari London.
Pengurus pemasaran 3V Holdings Sdn. Bhd., Chin Song menegaskan, kesediaan syarikat itu menghulur sumbangan bukan kerana tidak percaya ada atlet yang akan memenangi emas.
Sebaliknya, jelas beliau sumbangan itu diberikan kerana mereka yakin ia akan dimanfaatkan.
"Sudah tentu kami sangat yakin ada atlet yang akan pulang bersama pingat emas pada Sukan Olimpik kali ini. Sebab itu kami sebagai rakyat Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang meraikan wira-wira negara.
"Agak malang buat (Datuk) Lee Chong Wei kerana beliau cedera, tetapi saya difahamkan kita juga ada peluang yang baik dalam sukan terjun dan lumba basikal,'' katanya.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula berkata, 3V Holdings membuktikan komitmennya terhadap kontinjen Olimpik Malaysia dengan bersetuju untuk membawa ganjaran RM1 juta ke temasya di Rio 2016 seandainya tiada atlet yang berjaya meraih emas di London.
Menurut Ahmad Shabery, tindakan syarikat perabot itu sepatutnya dicontohi oleh syarikat korporat lain dan berharap lebih banyak yang akan tampil memberi sokongan kepada atlet yang bakal menggalas cabaran di Sukan Olimpik untuk mengharumkan nama negara.
"Wang tersebut akan dibahagikan kepada kalangan atlet yang berjaya mendapat pingat emas pada Sukan Olimpik, katakanlah seramai tiga atlet kita dapat pingat emas, maka mereka akan berkongsi RM1 juta itu.
"Jika tiada atlet kita mendapat emas, duit ini akan dibawa ke depan dan ditawarkan pada Sukan Olimpik di Brazil pada tahun 2016. Jadi ini juga pembakar semangat kepada semua atlet sebenarnya," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan 3V Holdings Sdn. Bhd. di Bukit Jalil. Turut hadir Ketua Pengarah MSN, ketua pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong.
3V Holdings Sdn. Bhd. merupakan syarikat pengeluar perabot bagi keperluan dalam negara dan eksport.
Label:
London 2012,
MSN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment