Thursday 13 September 2012

DAREN, HAFIZ SANGKUT DI PUSINGAN PRTMA CHINA MASTER 2012



LIEW Daren dan Chong Wei Feng yang menggalas tanggungjawab utama tanpa Datuk Lee Chong Wei, mengharungi nasib berbeza di Siri Super Masters China semalam.

Selepas aksi menarik dipamer Daren pada pusingan akhir Piala Thomas, dia kembali layu apabila tewas di pusingan pertama kepada pemain India, Sourabh Varma 21-19, 17-21, 12-21.

Sementara Wei Feng pula mengejutkan Boonsak Ponsana apabila menundukkan jaguh Thailand itu 11-21, 21-16, 21-12.

Ini adalah kemenangan pertama Wei Feng daripada tiga pertemuan dengan Boonsak.

Kemenangan itu juga membolehkan dia berdepan pemain China, Wang Zhengming di pusingan kedua hari ini.

Aksi pemain negara yang lain semalam, menyaksikan Muhd Hafiz Hashim tewas kepada seorang lagi pemain India, R Gurusaidutt, 18-21, 21-19, 13-21.

Chan Peng Soon yang bergandingan dengan Ong Jien Guo tewas kepada pasangan Thailand, Songphon Anugritayawon-Sudket Prapakamol 18-21, 18-21.

No comments:

Post a Comment