Friday 14 September 2012

WONG CHOONG HANN ANJUR FUTSAL


PEMINAT sukan futsal amatur tempatan berpeluang menguji kehebatan menerusi Kejohanan Arena Futsal Tropicana @Sungai Buloh pada 7 Oktober.

Saingan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu bakal diadakan di Tropicana Badminton Academy Sungai Buloh selari dengan objektif memperkenalkan venue yang turut menyediakan kemudahan latihan serta penganjuran kejohanan futsal.

Kejohanan dianjur bekas pemain badminton perseorangan negara, Wong Choong Hann selaku pemilik venue dan Nik Muhd Radzi Mohamed Noor dari Focus Arena Sports & Events. Ia turut mendapat tajaan bersama 100 Plus dan Fleet International.

Kejohanan menawarkan hadiah lumayan dengan juara membawa pulang wang tunai RM2,000, piala rebutan serta pingat. Kedua, RM1,000 manakala ketiga, RM500 dengan masing-masing turut menerima pingat.

Borang penyertaan boleh didapati di Tropicana Badminton Academy serta boleh dimuat turun melalui laman sosial Facebook ‘Tropicana Badminton Academy’.

Mereka yang berminat perlu membayar yuran penyertaan RM160 dan ia terhad untuk 48 pasukan lelaki saja. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Oktober ini dan keterangan lanjut diminta hubungi Nik Muhd Radzi di talian 019-351 9934/019-210 2442 atau Yusoff (013-911 8877) atau Tropicana Pioneer Badminton Academy (03-61580110).

No comments:

Post a Comment