Wednesday 22 May 2013

Jerman Pun Leh Laukkan Malaysia.....



Apa dah jadi nih???geng2 jerman pun leh laukkan malaysia...frust gilee rasa...salah player ke salah phak pgurusan ni???

Beregu hrapan wanita Vivian Hoo-Woon Khe Wei ternyata sia2 bila mereka kalah kepada gandingan Birgit Michels-Johana Golsizewski 16-21, 21-16, 18-21 skaligus mreka layak ke suku akhir.

Chong Wei memberikan kelegaan buat peminat selepas Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas kepada Fuchs-Michels 17-21, 21-16, 17-21.

Mengulas mengenai kekalahan Peng Soon-Liu Ying, Chong Wei mengakui Peng Soon tidak bermain di tahap terbaik.

“Perkara sebegini biasa kerana biasanya saya sering turun dalam acara pertama, saya sudah banyak pengalaman dalam kejohanan berpasukan berbanding pemain lain,” kata Chong Wei yang menjadikan kedudukan 1-1 selepas Peng Soon-Liu Ying tewas kepada Fuchs-Michels. Chong Wei menang ke atas Dieter Domke 21-18, 21-18.

V Shem-Khim Wah yang diturunkan dalam beregu lelaki memikul tanggungjawab yang tidak mampu digalas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Hoon Thien How-Tan Wee Kiong, beraksi dengan penuh keyakinan ketika mengatasi Ingo Kindervater-Johannes 21-16, 23-21.

“Walaupun tewas pertemuan pertama di Jerman, sebenarnya kami yakin boleh menewaskan mereka sebab kekalahan pertama itu dibantu pengadil servis yang berat sebelah,” kata Khim Wah.

Aksi Tee Jing Yi yang menentang Olga Konon langsung tidak meyakinkan apabila tewas mudah 12-21, 14-21, sekali gus keputusan jurulatih tidak membariskan Sonia Cheah, menjadi persoalan.

Wlaubgaimanapun ak ttp main bdmnton coz badminton adlh hobi aku, biasalah dlm pe2 sukan pn ade naik turunnye..tp ini ketara benar merudumnye kih3

No comments:

Post a Comment