Thursday 23 May 2013

"Prestasi Pemain Amat Memalukan" - Yap Kim Hock


“Ini bukan kali pertama Malaysia kalah mengejut kepada pasukan kerdil, takkan BAM tidak mahu berbuat apa-apa lagi?"

"Kalah kepada Jerman, itu amat teruk. Kekalahan kepada Taiwan mungkin boleh dimaafkan kerana program pembangunan mereka juga sudah lama tapi Jerman hanya mula membangunkan badminton mereka sekitar 90-an dan pada waktu itu kita sudah beberapa kali memenangi Piala Thomas dan pingat Sukan Olimpik. Tapi selepas 20 tahun, kita pula kalah kepada mereka".

“Apa yang berlaku kini menunjukkan perkembangan badminton di Malaysia amat perlahan atau mungkin tidak berkembang langsung, kerana kita hanya mengharapkan Datuk Lee Chong Wei.”

Beliau turut prtikaikn BAM kerana tetap pertahankan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong biarpun sejak Olimpik Beijing 2008, gandingan itu tidak menunjukkan perkembangan positif.

“Sekarang kita lihat siapa dalam C&T dan siapa yang sepatutnya ada dalam C&T? C&T ibarat Parlimen iaitu pembuat dasar. Selaku pembuat dasar di BAM itu, badan itu seharusnya dibarisi bekas pemain kebangsaan dan jurulatih berkaliber yang pernah beraksi di Kejohanan Dunia, Piala Thomas dan menang pingat di Olimpik.” Justeru beliau menggariskan beberapa kelemahan BAM, iaitu dari peringkat pembangunan lagi.

“Masalah gandingan ini sudah lebih empat tahun berlarutan tapi mengapa BAM masih ‘menyimpan’ gandingan ini. Saya tahu barisan jurulatih pernah menyarankan sesuatu kepada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) tapi C&T mengambil keputusan berbeza. Tiada kejuaraanpun mahu simpan lagi.

“Kenapa BAM tidak pisahkan gandingan ini sejak empat tahun lalu, beri mereka gandingan baru atau program baru, jika tidak memberikan prestasi baik, singkir. Ini tidak, BAM sering diugut pemain yang mahu meninggalkan badan itu jika dipisahkan dan mereka takut.

“Untuk peringkat lebih tinggi, kita lihat pula siapa jurulatih di BAM. Pemain sudah berada di tahap tertinggi, adakah jurulatih yang ada memiliki kualiti untuk meningkatkan kemampuan pemain ke tahap lebih tinggi,” kata Kim Hock.

“Jurulatih berkualiti amat penting di peringkat remaja kerana mereka yang menyiapkan pemain dalam pakej lengkap untuk ke peringkat elit. Apa yang berlaku sekarang, ramai pemain kita tidak memiliki teknik dan skil, semua ini disebabkan mereka tidak mendapat jurulatih berkualiti.

“BAM menerusi C&T juga mesti menukar program latihan, bukannya saya katakan program sekarang tidak baik tapi sudah ketinggalan dan tidak efektif lagi.


No comments:

Post a Comment