Friday 24 May 2013

" Saya memohon Maaf "Chin chai



Ng Chin Chai tak akan twarkan diri untuk dilantik menjadi Pengerusi Kejurulatihan dan Latihan (CTC) badan induk sukan badminton negara.

Chin Chai mengaku bahawa beliau harus bertanggungjawab terhadap kekalahan Malaysia.

“Bagi pihak pengurusan BAM dan pasukan kebangsaan, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Sebagai Pengerusi CTC, saya mengetuai pasukan ini untuk membuat keputusan sejak dilantik pada Julai 2010 ".

“Sudah hampir tiga tahun dan secara umumnya CTC bertanggungjawab membuat keputusan polisi, formasi skuad kebangsaan, struktur dalaman serta jawatankuasa yang menilai program latihan yang dicadangkan oleh para jurulatih dan pegawai Institut Sains Sukan Negara (ISN)".

“Kami juga mempunyai kuasa untuk melantik dan memecat jurulatih. Sebagai orang yang meluluskan perkara-perkara ini, kami harus bertanggungjawab,” kata Chin Chai pada sidang akhbar khas BAM di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

“Jawatan saya sebagai Pengerusi CTC telah dilantik oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh. Dengan kegagalan ini, saya percaya semakin ramai orang yang marah dan meminta kami untuk melakukan perubahan dan meletak jawatan.”


No comments:

Post a Comment