Wednesday 14 November 2012

Lee Chong Wei Turun Training Lepas 2 Hari Kahwin



Baru 2 ari kawen, LCW dah trun ke glanggang.

Chong Wei meneruskan latihan pada hari Isnin selepas berehat untuk majlis prkhwinan beliau minggu lepas dgn bekas perseorangan wanita badminton negara Wong Mew Choo.

Jurulatih kebangsaan Tey Seu Bock berkata prestasi Chong Wei dalam latihan adalah sedikit menurun tetapi ia tidak membimbangkan.

"Terdapat sedikit penurunan dalam prestasi beliau, Ia telah dijangka selepas berehat panjang tetapi kita tidak bimbang," kata Seu Bock.

"Selepas empat tahun memberi tumpuan kepada Sukan Olimpik (London), kita memberinya masa untuk berehat."

Seu Bok berkata objektif bagi baki tahun ini adalah untuk mengekalkan kedudukan Chong Wei sebagai pemain No.1 Dunia.

"kami tidak mensasarkan beliau untuk memenangi mana-mana kejohanan, Sudah tentu kita mahu dia menang, tetapi selagi dia bermain dgn baik, ia okay." kata Seu Bock lagi

Chong Wei punyai tiga lagi kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Hong Kong (20-25 Nov), Terbuka Macau (27 november - 2 disember ) dan BWF Super Series Final di Shenzen (12-16 Dec ).

Disebabkan jadual yang sibuk, pemain 30 tahun itu terpaksa menangguhkan bulan madu mereka ke tahun depan.

Chong Wei kini bersiap sedia untuk game minggu depan iaitu Terbuka Hong Kong di Kowloon di mana beliau dijangka menghadapi China Du Pengyu di separuh akhir.

Du Pengyu, 24, memberikan tentangan yg sengit kpd Chong Wei di Terbuka Denmark akhir bulan lepas sebelum LCW bangkit last2 minit untuk memenangi game trsbut.

Di Terbuka Hong Kong, plihan utama Chong Wei akan menentang Boonsak Ponsana di pusingan awal sebelum menghadapi lawan seperti Wang Zhengming(China), Hao Hsu Jen Taiwan(Vietnam), Tien Minh Nguyen(Vietnam) di pusingan kedua dan suku akhir.

Lain-lain nama-nama besar yang joint game di Kowloon ni termasuklh Chen Long, Chen Jin, Kenichi Tago Sho Sasaki, Jan O Jorgensen dan Taufik Hidayat serta perseorangan negara Liew Daren dan Chong Wei Feng.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan membawa cabaran Malaysia dalam beregu lelaki manakala pilihan ketiga Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan bersaing dalam acara beregu campuran.

No comments:

Post a Comment