Thursday, 22 March 2012
ArifF NaK BukTikAn KemAMpuAN DiRi Di AxiAtA CuP 2012
Mohamad Arif Abdul Latif nak lupakan segala kontroversi dan kini fokus untuk memberi persembahan terbaik pada pusingan awal kejohanan badminton Piala Axiata 2012 bermula jumaat hingga Ahad ini di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.
Pemain ni telah bersedia, malah rasa lebih yakin menghadapi kejohanan berpasukan di rantau Asia Tenggara itu yang julung kali diadakan.
"Persiapan saya ketika ini baik, saya lebih yakin. Jurulatih juga telah melatih saya untuk berasa lebih yakin," katanya
"Buat masa ini saya nak lupakan benda-benda yang lepas dan sekarang mereka (BAM) akan hantar saya untuk menyertai Terbuka Australia dan saya kena buktikan kepada mereka yang saya boleh beri persembahan terbaik di sana, seterusnya disenaraikan pada pusingan akhir Piala Thomas, Mei depan," katanya lagi.
Sebelum g Australia awal bulan depan, mamat kelahiran Negeri Sembilan itu akan beraksi pada Piala Axiata bersama skuad Malaysia Tiger yang dibarisi pemain berpengalaman negara.
Biarpun Datuk Lee Chong Wei dikhabarkan terpaksa diketepikan pada saingan awal Piala Axiata 2012, pemain No. 1 dunia itu mungkin akan beraksi sekiranya skuad Malaysia Tiger mara ke saingan separuh akhir.
Label:
Axiata Cup 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment