Tuesday, 13 March 2012
ChOng Wei TerPakSa Tarik Diri
Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri dalam aksi final Seluruh England kerana sbl lebh parah & dia sedar harapan tinggi rakyat Malaysia kepadanya di Olimpik London nanti.
Pemain berusia 30 tahun itu menjelaskan dia tidak mahu memburukkan keadaan dirinya dengan meneruskan perlawanan menentang seteru utama dari China, Lin Dan.
“Saya cuba memberikan yang terbaik pada set pertama namun ia semakin buruk, jadi saya perlu berhenti. Saya kecewa namun tidak boleh mengambil risiko. Saya sedar tidak mampu untuk menamatkan saingan,” katanya yang mengalami kesakitan Jumaat lalu namun masih mampu mengatasi pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il pada separuh akhir.
Tambahnya, walaupun mengalami kesakitan itu, dia bertekad untuk tidak mengecewakan penonton yang memenuhi Arena Tertutup Nasional Birmingham bagi menyaksikan kelibatnya menentang musuh tradisinya dari China itu.
“Namun apabila semakin sakit, saya tidak mahu memberikan tekanan lagi kepada bahu (kanan),” katanya yang menarik diri ketika ketinggalan 2-6 pada set kedua dan tewas 19-21 di set pertama sekali gus gagal mengikut jejak bekas pemain negara, Wong Peng Soon yang melakar hatrik dari 1950 hingga 1952.
Lin Dan jelas bersimpati apabila berharap kecederaan musuh tradisinya itu tidak serius kerana perlu menggalas cabaran Malaysia bagi menghadapi Piala Thomas dan Olimpik London selepas ini.
“Saya berharap dia segera sembuh jadi kami boleh sekali lagi bertemu di Olimpik (London),” katanya yang menewaskan Chong Wei dalam aksi final empat tahun lalu di Olimpik Beijing.
Katany, mereka menentang antara satu sama lain hampir 10 tahun, sejak peringkat remaja lagi dan memang amat mengenali corak permainan masing-masing.
“Kami tidak tahu berapa kali lagi akan bertemu, jadi kami akan bersaing dengan sengit setiap kali. Ketika Olimpik London semakin menghampiri, mungkin ia (tarik diri) adalah keputusan yang tepat,” katanya yang meraih gelaran kelima Seluruh England dalam sembilan penampilan di pentas final
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment