Thursday 22 March 2012
Tan KiM HeR MaU TeSt PaiR BarU
KETIKA sibuk mempersiapkan Kien Keat-Boon Heong persiapan memburu emas sulung negara di Sukan Olimpik, London, Julai ini, ketua jurulatih beregu lelaki Tan Kim Her mula merancang percaturan Projek 2016 dan akan mengumumkan gandingan baru daripada senarai pemain beregu yang sebelum ini bergelar pelapis.
“Berakhir minggu ini saya akan umumkan gandingan sebenar pemain beregu, bukan lagi ujian tapi gandingan sebenar untuk kami sasar melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016,” katanya..
Ketika ini ada tujuh pemain beregu yang dianggap barisan kedua selepas Kien Keat-Boon Heong iaitu Lim Khim Wah, Goh V Shem, Hoon Thien How, Teo Kok Siang, Mak Hee Chun, Tan Wee Kiong dan Ow Yao Han di mana sorang pom ak xkenal huhuhuhu
V Shem paling kerap bertukar gandingan sama ada beraksi bersama Teo Kok Siang ataupun Khim Wah. Begitu juga dengan Hee Chun, Wee Kiong, Yao Han dan Thien How.
“Saya akan dapatkan maklum balas daripada semua jurulatih sebelum membuat keputusan menetapkan gandingan selain saya perlu mendengar pendapat setiap pemain agar mereka lebih selesa bergandingan dengan pemain pilihan" katanya lagi..
“Seandainya saya tetapkan gandingan Khim Wah-V Shem, saya perlu cari seorang pemain yang bagus untuk bermain dengan Kok Siang,” lagi katanya.
“Selain itu saya juga perlu melihat sejauh mana kemampuan Hee Chun boleh dieksploitasi lagi selepas mengalami kecederaan.” lagi lagi kata beliau..
Dalam pada itu, Kim Her berkata beliau akan menghantar tiga gandingan beraksi di GP Emas Terbuka Australia awal bulan depan iaitu Khim Wah-V Shem, Thien How-Kok Siang dan Hee Chun-Wee Kiong, namun jika Hee Chun gagal mendapatkan tahap kecergasan diingini, beliau hanya akan menghantar dua gandingan katanya lagi lagi n lagi....
Dengan penyenaraian Thien How-Kok Siang ke Australia itu juga menampakkan keringat pemain senior Ong Soon Hock, kini berusia 27 tahun, yang sebelum ini bergandingan dengan Thien How, semakin dipinggirkan dan jurulatih itu sendiri tidak menafikannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment