Wednesday 7 March 2012

sKUaD bADmINtON NEgaRA tEMpUH uJiAN gETiR

BARISAN pemain Bawah 21 Tahun negara yang akan beraksi di Jakarta pada saingan badminton Piala Axiata bakal berdepan ujian getir skuad senior tuan rumah.Skuad yang diberi nama Malaysia Leopard itu diundi dalam kumpulan J bersama Indonesia Garuda, Singapura dan Vietnam dalam satu undian yang dibuat Konfederasi Badminton Asia (BAC) di Jakarta semalam.

Skuad elit negara, Malaysia Tiger yang beraksi di Stadium Cheras, Kuala Lumpur dalam Kumpulan K akan disaingi skuad pelapis Indonesia iaitu Indonesia Rajawali, Thailand dan Filipina.Ketika Malaysia dan Indonesia mengasingkan skuad elit dan pelapis, Singapura, Vietnam dan Thailand menghantar barisan terkuat kebangsaan mereka manakala Filipina menghadirkan cabaran dengan dua pemain Eropah, Mathias Boe (Denmark) dan Mark Zweibler (Jerman) memperkuatkan cabaran mereka bagi merebut hadiah besar kejohanan bernilai RM3.025 juta (AS$1 juta).
“Kami amat gembira melihat penyertaan terkuat setiap pasukan dan tidak sabar menyaksikan saingan hebat di kejohanan ini. Kami harap peminat badminton di setiap negara akan terhibur,” kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Group Datuk Sri Jamaludin Ibrahim.

Setiausaha Agung BAC, Surasak Songvarakulpan berkata: “Kami berkerja keras bagi memastikan kejohanan ini berjaya dianjurkan sejak setahun lalu dan kami tidak sabar menantikan kejohanan ini. “Inisiatif kami adalah semata-mata mahu mengembangkan lagi badminton di Asia dengan wujudnya kejohanan sebegini sekali gus membentuk barisan peminat muda yang besar dalam sukan ini.” Kejohanan berpasukan ini membabitkan dua venue kejohanan di Jakarta, Indonesia dan Kuala Lumpur, masing-masing empat pasukan di setiap venue yang bermula 23 Mac ini.

Tempat duduk penonton amat terhad kepada 2,000 penonton sehari dan Axiata menasihatkan peminat badminton mendapatkan tiket menerusi pembelian barangan Celcom di Malaysia atau XL’s di Indonesia.

No comments:

Post a Comment