Friday, 23 March 2012

LCW KenA RehAt 3-5 MiNgGu UnTuk SemBuh



Datuk LCW memerlukan 3-5 minggu sebelum kembali pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan bahu yang dialaminya ketika ini.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Datuk Dr. Ramlan, dalam tempoh tersebut, Chong Wei hanya akan menjalani latihan ringan bagi kekalkan tahap kecergasannya. “Proses pemulihan Chong Wei kini telah memasuki minggu kedua sejak dia mengalami kecederaan ketika beraksi pada kejohanan badminton Seluruh England (minggu lalu)" katanya lagi..

“Kami(ISN) perlu melakukan rawatan secara terperinci dan membuat keputusan tentang penglibatan dan aktiviti Chong Wei supaya dia dapat meneruskan latihan bagi mengekalkan tahap kecergasannya,” kata Dr. Ramlan di pejabat ISN Bukit Jalil yg ditemani jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

Terdahulu, Dr.Ramlan yang mengulas mengenai laporan ujian Magnetik Resonance Imaging (MRI) yang dijalani Chong Wei di Hospital Pakar Damansara kelmarin menjelaskan bahawa kecederaan yang dialami pemain No.1 dunia itu tidak melibatkan kecederaan struktur.Sebaliknya, ia hanya kecederaan melibatkan sekumpulan otot di bahagian bahunya.

“Ini adalah satu petanda yang baik dan ia bukanlah kecederaan yang boleh memudaratkan.Rawatan yang kami mulakan sebelum ini sebaik Chong Wei mengalami kecederaan tersebut adalah rawatan yang betul. Jadi, Chong Wei tidak memerlukan rawatan khas atau pembedahan,” jelasnya lagi..

Sementara itu, Seu Bock mengesahkan bahawa Chong Wei, 30, terpaksa diketepikan daripada membarisi skuad negara menjelang aksi peringkat kumpulan Piala Axiata 2012 di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur yang akan bermula hari ini(jumaat).

Kata Seu Bock, "ia bagi memberi ruang kepada pemain itu menjalani proses pemulihan.Dengan keadaannya ketika ini, Chong Wei memang tidak dapat beraksi. Begitupun, sekiranya skuad negara layak ke peringkat separuh akhir, kita akan lihat bagaimana dengan tahap kecederaannya ketika itu sama ada dia boleh beraksi atau tidak.Jika dia boleh beraksi mungkin dia akan beraksi tetapi ia bergantung kepada proses pemulihannya,”.

No comments:

Post a Comment