Monday, 23 July 2012
TEKANAN MAKIN HILANG
HARAPAN emas negara, Datuk Lee Chong Wei yang diancam kecederaan buku lali, tetap mensasarkan sebutir pingat walaupun kini terpaksa menikmati bubur dan sup panas sepanjang latihan di Bath, England.
Pemain nombor dua dunia itu yang masih dipantau kecederaannya, mengakui kecederaan itu menghilang sedikit tekanannya memburu pingat emas.
“Saya baru pulih sepenuhnya daripada kecederaan ini dan tekanan emas tu semakin berkurangan,” akui Chong Wei yang hilang ranking utama dunia kepada jaguh dunia, Lin Dan yang juga musuh tradisinya di Olimpik.
“Saya tidak lagi rasa tekanan sebaliknya bersemangat untuk meneruskan latihan sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik,” katanya.
Chong Wei tewas kepada Lin Dan pada perlawanan akhir di Olimpik Bejing dan dia percaya buruannya itu akan berakhir di London nanti.
“Pingat emas sudah tentu akan melengkapkan karier saya. Saya masih belum memiliki pingat emas dalam koleksi simpanan dan negara saya juga belum pernah sekalipun memenangi pingat emas itu.
“Sudah tentu saya akan bekerja keras untuk menjadikan impian negara dan saya sendiri menjadi kenyataan,” kata pemain berusia 29 tahun itu.
Fisio negara, Sandra Fielder mengesahkan proses penyembuhan dan pemulihan Chong Wei berjalan agak pantas.
“Kecederaan seumpama ini biasanya memakan masa enam minggu untuk sembuh dan Chong Wei bekerja keras memastikan kecederaannya cepat pulih kerana kesuntukan masa hadapi Olimpik.
“Dia tidak langsung membuat pergerakan lasak, sebaliknya hanya bermula menjalani latihan selepas minggu ketiga. “Saya lihat perkembangannya cukup meyakinkan dan percaya dia kini sudah bersedia menghadapi Sukan Olimpik,” katanya.'' Dalam pada itu, cuaca di Britain sejuk, hujan dan mula panas yang boleh mencecah 20 darjah selsius sebaik Sukan Olimpik bermula.
Kem Malaysia membawa tukang masak sendiri khas untuk atlet bagi sesuaikan diri mereka dengan cuaca sejuk ini. Atlet merlukan sup herba panas, bubur dan nasi untuk pemakanan mereka sepanjang di London.
Label:
Olympic 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment