Friday 1 June 2012

BAM NaK CarI JurUlaTih BErpRofiL TingGi laKkKkK...



PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dijangka mendapatkan khidmat beberapa jurulatih berprofil tinggi sebaik tamat Sukan Olimpik 2012 di London, Ogos depan.

Itu gambaran awal daripada Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh selepas beliau mempengerusikan mesyuarat bersama barisan jurulatih negara di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

“Kita bukan sahaja mahu melahirkan pemain-pemain bertaraf dunia tetapi mereka perlu menjadi pemain yang sukar untuk ditewas- kan.

“Jadi, kita memerlukan jurulatih yang benar-benar berkaliber bagi merealisasikan matlamat tersebut.

“Dalam masa terdekat ini, mungkin sukar untuk kita melakukan perubahan dalam kalangan jurulatih kerana Sukan Olimpik 2012 hanya kurang dua bulan sahaja lagi untuk bermula.

“Namun, mungkin selepas Sukan Olimpik nanti kita akan lihat semula perkara ini,” kata Nadzmi.

Selepas peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih perseorangan negara dan Rexy Mainaky (beregu), BAM kini dilihat ketandusan jurulatih yang mampu untuk merealisasikan hasrat yang disuarakan oleh Nadzmi itu.

Ditanya sama ada BAM kini mula merasai ketiadaan Misbun dan Rexy, Nadzmi berkata: “Ya, memang kedua-dua jurulatih tersebut telah menyumbang kepada sukan badminton negara.

“Namun kita tidak boleh terlalu bimbang dengan kehilangan mereka. Ini satu persepsi yang tidak tepat.

“Jika seorang jurulatih keluar, kita akan pastikan dua jurulatih baharu yang lebih baik akan masuk,” ujar Nadzmi.

Ketika ini, hanya Rashid Sidek yang memegang jawatan selaku ketua jurulatih perseorangan memiliki rekod cemerlang ketika eranya sebagai pemain.

Bagaimanapun, Rashid juga masih gagal mencetuskan impak dalam melahirkan lebih ramai pemain seperti jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menurut Nadzmi, BAM juga kini sudah mula mengkaji program latihan yang digunakan negara-negara kuasa besar badminton dunia seperti China, Korea Selatan, Indo- nesia dan Jepun dalam melahirkan bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Kita perlu bersedia untuk melakukan perubahan. Selain itu, kita juga perlu mengikut arus dalam usaha untuk menyediakan satu program latihan terbaik untuk melahirkan pemain bertaraf dunia.

“Kita lihat China, mereka sememangnya kuasa besar dalam arena badminton dunia ketika ini. Jadi, tidak salah sekiranya kita mengkaji program latihan mereka untuk diterapkan kepada pemain negara.

“Jika kita masih tidak melakukan perubahan, kita pasti akan ke- tinggalan,” kata Nadzmi.

No comments:

Post a Comment