Monday 4 June 2012

CheH ChAnG dIPeRTanGguNgJawaBKan..


JURULATIH beregu lelaki, Pang Cheh Chang (gambar kecil) diberi tugas untuk mempersiapkan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bagi menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London bulan depan.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Kim Her berkata, beliau menaruhkan kepercayaan kepada Cheh Chang untuk merangka program latihan yang berkesan buat Kien Keat-Boon Heong.
Ketika ini, beregu emas negara itu semakin kesuntukan masa untuk mempersiapkan diri kerana Sukan Olimpik 2012 hanya tinggal kurang dua bulan.


Ia ditambah pula dengan prestasi tidak menentu beregu ini sepanjang tahun ini.
"Cheh Chang telah menyerahkan program latihan yang akan dilakukannya bagi mempersiapkan Kien Keat-Boon Heong. Saya sudah melihat dan saya beri kepercayaan kepada Cheh Chang untuk melaksanakannya.

"Dalam program tersebut, Cheh Chang mahu Kien Keat-Boon Heong menjalani latihan sebagai pemain yang beraksi dalam acara beregu campuran sebanyak dua kali seminggu.

"Ini bertujuan bagi membolehkan mereka lebih tenang untuk mengawal keadaan dalam gelanggang.
"Selain itu, Cheh Chang juga ada meminta kepada saya rakan sepelatih untuk Kien Keat-Boon Heong. Jadi, saya akan memberikan yang terbaik terdiri daripada barisan pemain beregu yang lain.

"Saya harap, pemain beregu yang lain juga memberikan kerjasama kepada Kien Keat-Boon Heong mereka kini dalam persiapan untuk menghadapi Sukan Olimpik," kata Kim Her ketika dihubungiKosmo! semalam.

Menurut Kim Her, beliau berharap program latihan baharu yang diterapkan Cheh Chang itu dapat menghasilkan impak yang positif kerana Kien Keat-Boon Heong akan beraksi pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia 2012, 12 Jun ini.

"Terbuka Indonesia merupakan kejohanan terakhir yang akan disertai sebelum ke Sukan Olimpik.
"Jadi, saya harap mereka boleh mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir bagi meningkatkan semangat mereka sebelum Sukan Olimpik bermula.

"Bagi saya, Kien Keat-Boon Heong tidak ada sebarang tekanan kerana tumpuan lebih terarah kepada Datuk Lee Chong Wei (pemain perseorangan negara) untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik nanti," jelas Kim Her.

No comments:

Post a Comment