Tuesday 5 June 2012

ChOnG Wei DaH MulA RinGan2

KECEDERAAN yang dialami pemain perseorangan badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak menghalangnya daripada menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pagi semalam.

Bagaimanapun, jurulatih Tey Siu Bock berkata, Chong Wei hanya akan me- ngikuti latihan ringan setiap hari, iaitu 50 peratus daripada tahap latihan yang biasa dilakukan atlet itu.

"Buat masa ini fokus utama dia (Chong Wei) adalah pada proses pemulihan.

"Dia hanya akan menjalani latihan ringan iaitu menumpukan pada tangan sahaja. Tak boleh terlalu berat kerana takut akan menjejaskan lagi kecederaannya," katanya selepas sesi latihan semalam.

Atlet berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan buku lali kanan ketika kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China bulan lepas.

Chong Wei yang dijadualkan beraksi pada Sukan Olimpik London, Julai depan, kini menjalani rawatan pemulihan di bawah kendalian Institut Sukan Negara (ISN).

Jaguh badminton negara itu kelihatan bersemangat serta masih mampu melakukan pukulan kencang meskipun tidak banyak melakukan gerakan kaki dan lompatan.

Dia berlatih lebih kurang 30 minit bersama Seu Bock sebaik sahaja selesai sesi terapi.

Menurut Seu Bock, beliau akan sentiasa memantau proses pemulihan anak didiknya itu menerusi maklum balas yang diterima setiap minggu daripada ISN.

"Kita pun tidak tahu berapa cepat proses pemulihannya, mungkin ambil masa empat hingga lima minggu lagi. Bagaimanapun, kita akan sentiasa mendapatkan maklum balas daripada doktor yang merawatnya," katanya.

No comments:

Post a Comment