Wednesday 16 January 2013

2015 Era Kebangkitan Ramdan


Rahman Sidek mensasaran 2 tahun untuk anak saudaranya, Misbun Ramdan Misbun berada dalam kelompok terbaik dunia.

Rahman yang melatih Ramdan buat sementara sebelum Datuk Misbun Sidek mengambil alih pada masa yang belum ditetapkan berkata, anak didiknya itu membuktikan dirinya cukup berbakat kerana hanya mengambil masa singkat di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk muncul juara kebangsaan.

“Dalam masa 2 tahun bersama BAM, dia sudah mengatasi pemain yang lebih lama bermain sepenuh masa, itu menunjukkan bakat dan kesungguhannya untuk berjaya lebih tinggi,” kata Rahman.

“Kami di Nusa Mahsuri mempunyai pengalaman melahirkan pemain bertaraf dunia seperti Rashid Sidek, Roslin dan Muhd Hafiz Hashim.

“Sekarang semua terpulang kepada Ramdan, apa yang dia mahu dan tahap yang ingin dikecapinya.” Bagaimanapun ketika ditanya mengenai perancangan Nusa Mahsuri untuk menaikkan prestasi Ramdan, Rahman nyata belum ada jawapan dengan hanya mengulangi tempoh dua tahun dilihat paling sesuai untuk melihat anak saudaranya berada di tahap terbaik dunia.

Anak legenda badminton negara itu tewas kpd pemain China Chen Yuekun 15-21, 16-21 di pusingan kelayakam smlam dan jelas gugup beraksi pada penampilan pertama di kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia.

“Saya memang gugup beraksi buat kali pertama di kejohanan sebesar ini apa lagi di depan penonton sendiri hingga membuatkan permainan saya tidak menjadi,” kata Ramdan yang mensasarkan untuk berada di kelompok 50 terbaik dunia pertengahan tahun ini.


No comments:

Post a Comment