Wednesday 9 January 2013

Ramdan Tinggalkan BAM


Juara Grand Prix Final Kebangsaan yg baru, Misbun Ramdan Misbun tinggalkan BAM utk brlatih dgn ayahnya sendiri Datuk Misbun Sidek di kelab Nusa Mahsuri.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai mengesahkan hal itu dan berkata, Ramdan tidak menunjukkan tanda tidak puas hati sebelum menghantar surat untuk keluar.

“Kelmarin Ramdan menghantar surat keluar daripada BAM. Waktu itu saya dan Kenny Goh (Pengurus Besar) tiada di pejabat dan pada malamnya dia bertemu dengan jurulatih Hendrawan,” kata Chin Chai.

“Dalam surat itu, dia menyatakan hasratnya untuk meninggalkan BAM atas alasan masalah peribadi.” pihaknya tidak dapat menghalang Ramdan, apatah lagi selepas pemain itu tidak hadir menjalani latihan semalam", kata Chin Chai.

“Saya anggap tindakan Ramdan berkuat kuasa serta-merta tapi kami akan bawa perkara ini ke mesyuarat Exco minggu depan untuk menentukan tindakan susulan.” kata Chin Chai lagi.

Sementara itu, jurulatihnya, Hendrawan mengaku Ramdan bertemunya pada malam selepas menghantar surat kepada BAM.

“Dia datang berjumpa saya memberitahu perkara itu dan menjelaskan mahu mengikuti ayahnya. Lalu saya bertanya adakah saya ataupun sistem latihan menjadi masalah kepadanya tapi dia menjawab tiada masalah cuma mahu mengikut ayah,” kata Hendrawan sambil menyatakan Ramdan berterima kasih kepadanya kerana menaikkan namanya hingga ke tahap sekarang.

Selain muncul juara GP Kebangsaan, Ramdan kini menduduki ranking ke-87 dunia.Minggu lalu, ahli keluarga Sidek, iaitu Rahman menempelak BAM dengan menyatakan program badan induk itu terlalu perlahan untuk menaikkan tahap permainan pemain pelapis.

No comments:

Post a Comment