Thursday 10 January 2013

Ramdan Mahu Ikut Bapa


Misbun Ramdan Misbun nekad untuk keluar daripada BAM kerana ingin berlatih dengan bapanya, Datuk Misbun Sidek yg juga idolanya.

Ramdan menangkis tindakannya itu dipengaruhi oleh bapanya, malah katanya yg bapanya langsung tidak tahu dan mereka belum berbincang mengenainya.

“Sebenarnya sejak bapa keluar dari BAM dua tahun lalu, saya mahu mengikutnya tapi beliau mahu saya kekal berlatih dalam badan induk itu,” kata Ramdan.

Misbun mahu anaknya menuntut ilmu dgn Hendrawan di BAM.

“Ketika itu bapa melarang saya dengan berkata ‘dari kecil sampai besar engkau mengikut aku, sekarang perlu berdikari dan belajar daripada Hendrawan, lagipun banyak kemudahan boleh diperoleh di bawah BAM’.

“Sejak itu jiwa saya memberontak tapi saya takut untuk bertindak hinggalah berjaya muncul juara Sirkit Kebangsaan Terbuka Pahang dan GP Final di Alor Setar bulan lalu,” kata Ramdan menceritakan punca sebenar dia mahu keluar daripada BAM.

“Mengenai masalah kewangan dan penajaan, saya pasti bapa boleh dapatkan penaja. Soal sama ada bapa mahu melatih saya atau tidak, saya belum berbincang lagi dengannya kerana dia sering keluar memancing.”-ramdan

Ramdan brkata dia bermain badminton kerana minat yang timbul ketika sering mengikuti bapanya ke gelanggang, justeru dia menganggap selepas tidak lagi berlatih di bawah bapanya, dirinya bagaikan tiada hala tuju.

Sepanjang menjadi jurulatih, Misbun berjaya membawa adiknya Rashid memenangi pingat perak Olimpik Atlanta, menaikkan nama adik beradik Hashim, dengan Roslin muncul juara di kejohanan antarabangsa dan Muhd Hafiz meraih kejayaan terbesar di Seluruh England, membimbing Wong Choong Hann memenangi perak Kejohanan Dunia 2003 serta membawa Datuk Lee Chong Wei berada di ranking nombor satu dunia paling lama dalam sejarah pemain Malaysia selain memenangi perak Olimpik Beijing.

Ketika ini, Ramdan menjalani latihan di bawah kendalian bapa saudaranya Rahman Sidek akan tetap beraksi di Terbuka Malaysia minggu depan.

“Saya sasarkan untuk berada dalam kelompok 50 pemain terbaik dunia tahun ini, barulah senang untuk menyertai kejohanan besar walaupun sebagai pemain kelayakan,” kata pemain ranking ke-87 dunia itu.

Ramdan mengucapkan terima kasih kepada BAM yang selama ini memberi ruang kepadanya berlatih dan mendapat kemudahan terbaik di negara ini, tanpa sebarang masalah.

No comments:

Post a Comment