Tuesday 15 January 2013

Tago Ada Misi Besar Di Terbuka Malaysia 2013



Kenichi Tago ada 2 misi besar di Terbuka Malaysia kali ini 1st balas dendam ke atas Chong Wei Feng & 2nd beri cabaran getir kepada Datuk Lee Chong Wei andai berjaya ke final sekali lagi.

Tago diletakkn sbg pilihn ke-2 kejohanan  yang mula mengalami kemerosotan prestasi sejak kekalahan kepada Wei Feng pada pusingan pertama Terbuka Jepun tahun lalu, membawa azam membara sejak tiba di Kuala Lumpur dua hari lalu.

“Saya masih ingat detik diaib Wei Feng di depan penyokong sendiri tahun lalu dan kali ini kami sekali lagi diundi bertemu pada pusingan pertama, saya mahu menang di depan penyokong anda,” kata Kenichi selepas menjalani latihan di Stadium Putra, semalam.

Itu adalah kekalahan sulung Kenichi kepada Wei Feng dan dia masih memegang kelebihan rekod pertemuan 3-1 ke atas Wei Feng.

Namun dia tersingkir awal di pusingan pertama  Terbuka Korea minggu lalu selepas diklahkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen.

“Berat badan saya naik dari 71kg ke 74kg biarpun saya menjalani latihan seperti biasa, mungkin saya banyak makan kerana cuaca di Jepun terlalu sejuk,” kata Kenichi.

KENICHI idam atasi Chong Wei andai berjaya ke final.

Kenichi yang menaruh impian melangkah ke final sekali lagi berjanji tidak mempamerkan aksi buruk seperti final menentang Chong Wei tahun lalu. Dlm masa yg sama juga Tago impikan kalahkan Chong Wei kalau lepas ke final.

“Saya impikan satu lagi final menentang Chong Wei tahun ini tapi saya janji tidak akan menjadi budak belasahan lagi,” katanya merujuk kekalahanya 6-21, 13-21 tahun lalu.

Kenichi menentang Wei Feng di pusingan pertama esok dan rakan senegaranya, Sho Sasaki, Wang Zhengming (China) serta Sony Dwi Kuncoro (Indonesia) berada dalam laluannya ke final.

Perlawanan kelayakan bermula jam sembilan pagi dijangka berakhir lewat petang berikutan penambahan gelanggang kepada lima bagi mengelakkan perlawanan berlarutan hingga ke lewat malam.


No comments:

Post a Comment