Thursday 17 January 2013

Jurulatih BAM Dapat Bonus Prestasi


Seramai 21 jurulatih BAM akan trima bonus & ade yg terima cecah 10k sorang.

Ahli Majlis BAM yang bermesyuarat semalam memutuskan untuk mengiktiraf prestasi jurulatih yang berjaya meningkatkan kualiti pemain.

“Berdasarkan kedudukan kewangan persatuan yang baik, kami setuju memberi bonus prestasi kepada semua jurulatih BAM tapi jumlahnya bergantung kepada prestasi mereka,” kata Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh.

Dlm masa yg sama, BAM melantik jurulatih beregu baru dari Indonesia iaitu Paulus Firman dengan kontrak 2 tahun.

Nadzmi berkata, jurulatih kontroversi mengatur perlawanan beregu campuran di temasya Olimpik London itu akan ditentukan tugasannya oleh ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her.

Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) sebelum ini menggantung Paulus selama 3 bulan dan tidak menyambung kontraknya, bagaimanapun Malaysia berminat mendapatkan khidmat beliau.

Sementara itu, Misbun Ramdan Misbun yang keluar BAM 7 Januari lalu x dikenakan sebarang tindakan, termasuk denda.

“Kami putuskan Ramdan tidak dikenakan penalti kerana dia keluar untuk berlatih bersama bapanya. Bapanya pula bekas jurulatih kami di BAM dan dia bukan pergi untuk menyertai sebuah kelab atau organisasi lain,” kata Nadzmi.

“Dalam kes Ramdan, dia keluar atas sebab peribadi dan selagi masih meneruskan karier, kita tidak akan kerugian bakat.”

Sebelum ni, Tan Chun Seang dilarang bertanding pada kejohanan di Asia selama 2 tahun selepas bertindak keluar meninggalkan BAM pada 2011, manakala Roslin Hashim dituntut bayar pampasan RM67,345 kerana meninggalkan pasukan kebangsaan untuk menyertai Nusa Mahsuri.

No comments:

Post a Comment