Tuesday, 29 January 2013
Hilangnya Seorang Lagenda Badminton Era 50-an
Datuk Eddy Choong Ewe Beng, 83, meninggal dunia di Hospital Loy Guan Lye, George Town Pulau Pinang semalam. Beliau mrupkn pemain badminton negara era 50-an & juga juara 4 kali man single Kejohanan Badminton Seluruh England.
Datuk Finn Choong Khuat Seng, 53(Anak sulung mendiang,), berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 petang di sisi anak-anaknya setelah dirawat di hospital tersebut sejak Sabtu lalu.
Menurut beliau, bapanya sepatutnya dijadualkan keluar hospital oleh doktor pagi semalam sebelum tiba-tiba muntah dan dimasukkan semula ke wad untuk rawatan.
Isteri mendiang, Datin Maggie Thean Sun Lim, 79, yang kelihatan sedih pula memberitahu, suaminya adalah seorang pencinta badminton sejati dan cukup mengambil tahu perkembangan sukan tersebut.
“Saya dan adik-beradik yang lain berada di sisi bapa semasa dia sedang tenat sehingga menghembuskan nafas terakhir kerana sepatutnya kami menjemput beliau pulang ke rumah hari ini (semalam).
“Sebelum dimasukkan ke hospital, bapa ada memberitahu hasrat untuk menonton perlawanan Seluruh England di Birmingham pada Mac nanti sebagai sokongan kepada pemain negara, tetapi hasratnya tidak kesampaian,” ujar beliau ketika ditemui pemberita di kediaman mereka di Jalan Bell, Pulau Tikus.
Upacara pengkebumian mendiang akan dilakukan pada Jumaat ini di Batu Gantung.
Label:
Datuk Eddy Choong Ewe Beng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment