Thursday, 3 May 2012

FrEderiCk TUnGgU ChoNg WeI On..

PAKAR psikologi Frederick Tan dari Sarawak dikatakan hanya menunggu isyarat daripada Datuk Lee Chong Wei, untuk membantu pemain nombor satu dunia itu mempersiapkan diri ke Olimpik London. Hal itu disahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang menjangkakan Frederick akan bersatu semula dengan Chong Wei apabila tiba masa yang sesuai. “Kita tidak pernah berhenti berhubungan dengan Frederick dan beliau tiada masalah untuk bersama Chong Wei semula. Dia sudah menamatkan misi bersama skuad hoki kebangsaan, kini kembali menyambung tugasnya di Sarawak,” kata Zolkples. “Ketika saya hubungi Fredercik baru-baru ini beliau ada berkata yang Chong Wei ada menghubunginya berbincang, tapi mungkin ketika ini Chong Wei belum benar-benar perlukan khidmatnya lagi. “Lagipun saya rasa baru-baru ini Chong Wei berada dalam proses pemulihan daripada kecederaannya yang membuatkan dia belum memerlukan khidmat Frederick.” Justeru, Zolkples berkata Frederick akan dipanggil apabila khidmatnya diperlukan. Mengulas mengenai kegagalan Chong Wei mempertahankan gelaran Terbuka India, Zolkples berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan prestasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu. “Saya lihat dia lebih cergas, cuma permainannya sedikit ‘berkarat’ selepas berehat agak lama. “Pergerakan Chong Wei nampak lebih laju berbanding sebelumnya. Saya harap dia tiada masalah muncul juara di GP Emas Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung di Johor Bahru ketika ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment