Wednesday 23 May 2012

MalAysIa VS ChInA d SuKu AkHir PiAla ThOmaS 2012



MALAM tadi, segala-galanya tidak memihak kepada skuad negara.

Ia bermula dengan kehilangan kapten, Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri gara-gara kaki kanannya terkehel sebelum pasukan negara kecundang kepada Denmark 3-2 dalam saingan Kumpulan C di Pusat Gimnasium Sukan Wuhan.
Awal pagi tadi, dalam undian menentukan lawan di suku akhir, kita dijodohkan bertemu juara bertahan, China yang dianggap halangan paling liat.
Ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her berkata: “Kami akan berbincang semula siapa yang akan diturunkan dalam perlawanan suku akhir esok (hari ini).”

Ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek akur semangat pasukan terjejas kerana kehilangan khidmat Chong Wei tetapi menegaskan pasukan tidak harus cepat mengalah dan terus berjuang.

“Peluang sama ada kita mampu mencapai sasaran separuh akhir yang ditetapkan bergantung kepada perlawanan esok (hari ini),” katanya.

Kekalahan kepada Denmark itu menyebabkan skuad negara sekadar muncul naib juara kumpulan.

No comments:

Post a Comment