Thursday, 3 May 2012
"JanGan MiMpi La NK EmAs KalaU MeN CamTu"..
“KALAU itulah aksi yang diketengahkan, usah mimpi untuk merangkul emas pada Sukan Olimpik nanti,” itulah peringatan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah kepada pasangan beregu nombor satu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.
Beliau merujuk kepada aksi Kien Keat-Boon Heong pada kejohanan Terbuka India yang berakhir baru-baru ini apabila sekadar mampu ke saingan separuh akhir sebelum tewas di tangan beregu Indonesia, Angga Pratama/Ryan Agung Saputra 21-18, 15-21, 21-19.
Justeru, Tengku Kamil Ismail mengarahkan Kien Keat-Boon Heong supaya melakukan ‘post mortem’ bagi memastikan pingat emas menjadi milik negara pada temasya Olimpik yang dijadualkan berlangsung Julai nanti.
Menurutnya, perkara itu bukanlah mustahil jika Kien Keat-Boon Heong berusaha kembali ke landasan terbaik seperti yang pernah dilihat sebelum ini.
“Sebagai pasangan yang pernah mencipta banyak kejayaan di pentas antarabangsa, mereka harus segera membentuk persefahaman mantap dan mempamerkan prestasi lebih bertenaga jika mahu meraih emas di London.
“Namun, jika prestasi semasa yang mereka pamerkan nanti, impian mencipta gelaran di pentas Olimpik pasti kabur. Emas jauh sekali begitu juga perak atau gangsa.
“Saya harap kegagalan di Terbuka India akan memberi pengajaran kepada dua pemain itu untuk kembali berusaha menjadi yang terbaik terutama ketika Olimpik hanya berbaki kurang tiga bulan lagi,” katanya semalam.
Pada masa sama, Tengku Kamil Ismail berkata, temasya Sukan Olimpik London itu juga mungkin menjadi medan terakhir buat beregu berkenaan memandangkan usia mereka yang semakin meningkat.
Menurutnya, sudah tiba masanya Kien Keat-Boon Heong mencari kaedah terbaik untuk muncul atlet disegani pada temasya sukan terbesar itu.
“Oleh itu, saya harap mereka bijak memanfaatkan segala peluang yang ada dan mencatat keputusan membanggakan buat kontinjen negara,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment