Wednesday 23 May 2012

ParK JoO BonG Bg AmaRaN



“MALAYSIA memang tidak mampu menandingi China tapi mereka perlu ingat pasukan tradisi badminton lain juga bukan lawan yang mudah buat skuad anda,” demikian kata Ketua Jurulatih Jepun, Park Joo Bong, memberi amaran kepada Malaysia supaya tidak bergembira jika dapat mengelak pertemuan dengan tuan rumah, China di suku akhir.

Katanya, Malaysia hanya mengharapkan pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei semata-mata, sedangkan pemain lain tidak mampu menjanjikan sebarang mata.


“Jangan fikir China saja anda tidak boleh tewaskan, pasukan lain juga sama. Dari segi kekuatan, kekuatan pasukan lain lebih seimbang sedangkan pasukan anda bergantung pada satu mata saja.

“Dalam acara berpasukan, anda memerlukan kekuatan seimbang daripada semua pemain tapi saya tidak kata yang kami mempunyai peluang lebih baik berbanding anda,” kata Joo Bong.

No comments:

Post a Comment