Friday 9 March 2012

ChOnG WeI Ke PusInGan 2 All EnGlAnd 2012

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mahu kekal fokus dalam misi memburu gelaran hatrik pada kejohanan badminton Seluruh England 2012.

Awal pagi semalam, Chong Wei yang juga pemain No. 1 dunia bermula langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua.Kejayaan itu hadir selepas Chong Wei, 30, mudah mengetepikan cabaran pemain muda China, Wang Zhengming 21-16, 21-11 pada pusingan pertama di Arena Tertutup Nasional, Birmingham, England.

Kejayaan itu memberi tonik terbaik buat Chong Wei yang memburu kejuaraan Seluruh England buat kali ketiga dalam kariernya.Bagaimanapun, Chong Wei menganggap perjalanannya masih panjang dan perlu berwaspada terhadap setiap pemain yang akan menjadi lawannya.

“Saya akan terus fokus untuk perlawanan pusingan kedua pula. Bukan mudah untuk saya mempertahankan kejuaraan yang saya pegang ketika ini. “Sebab itu, saya perlu sentiasa fokus dalam setiap perlawanan agar apa yang saya ingin capai terlaksana,” kata- nya.

Chong Wei hadir di Birmingham dengan reputasi tinggi apabila memegang status selaku juara dua kali berturut-turut iaitu pada edisi 2010 dan 2011.
Mengulas mengenai aksi pertamanya menentang Wang Zhengming semalam, Chong Wei berkata, perlawanan tersebut memberi peluang kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang.

“Hari ini (semalam) merupakan perlawanan pertama saya dan saya cuba untuk memberikan aksi terbaik.“Saya tahu, Zhengming merupakan seorang pemain baharu dan bukan lawan yang kuat bagi saya. “Jadi, aksi pertama hari ini (semalam) lebih memberi peluang kepada saya untuk cuba menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang,” jelas Chong Wei.

No comments:

Post a Comment