Thursday, 8 March 2012

MohD ZaKrY AbDul LaTif/MohD FaiRuziZuan TaZarI CemErlanG - AlL EngLanD 2012

Ketika ramai yang semakin melupakan bekas pasangan utama negara, Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari, beregu KLRC ini membuktikan mereka masih perlu diberi perhatian, terutama untuk memburu slot Piala Thomas di Wuhan, Mei ini apabila melangkah ke pusingan kedua Kejohanan All England di Arena Tertutup Nasional (NIA), Birmingham, semalam(7/3/2012).

Zakry-Fairuzizuan yang beraksi atas tiket beregu bebas buat kali pertama dan terpaksa memulakan kempen dari pusingan kelayakan, melepasi halangan awal dengan baik setakat ini, apabila mengetepikan pencabar dari Jerman, Micheal Fuchs-Oliver Roth 21-19, 21-11 hanya dalam masa 30 minit.

Biarpun kedua-dua pemain pernah mencatat keputusan yang baik pada kejohanan badminton tertua di dunia ini, namun dengan mengambil kira status mereka yang baru kembali bergandingan enam bulan lalu, malah masih dalam proses menyesuaikan diri sejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), tahun lalu kejayaan melepasi pusingan pertama dianggap satu permulaan yang baik.

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment