Thursday 15 March 2012

miX DabEl LanGkaH KanaN di SwiSs OpeN 2012

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melangkah kaki kanan apabila dpt ke pusingan kedua kejohanan badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Switzerland 2012.

Mix Dabel No. 9 dunia itu tidak berdepan dengan halangan sukar untuk bantai Valeriy Atrashchenkov-Anna Kobceva dari Ukraine pada aksi pusingan pertama di Basel. Selaku pilihan ke5 kejohanan, Peng Soon-Liu Ying mudah mencatatkan kemenangan 21-16 21-19 dalam tempoh hanya 27 minit je.

Sblm ni, Peng Soon-Liu Ying mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke peringkat separuh akhir Seluruh England 2012. Bagaimanapun, mreka tewas kepada Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia 25-27, 16-21 pada aksi separuh akhir.

Justeru, Terbuka Switzerland kali ini dilihat menjadi medan terbaik buat Peng Soon-Liu Ying untuk menebus kembali kekecewaan yang dialami mereka sekurang-kurangnya mampu mara sehingga ke pentas final.

Berdasarkan prestasi semasa, pasangan itu berpeluang cerah untuk merealisasikan matlamat tersebut dan tidak mustahil mampu bergelar juara.

Selain jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, nama Peng Soon-Liu Ying juga kini disebut-sebut sebagai prospek pingat buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London Julai depan.

Slot automatik untuk beraksi di bumi London kini hampir pasti berada dalam genggaman mereka.

Pada pusingan kedua hari ini, Peng Soon-Liu Ying akan berdepan dengan gandingan Jerman, Peter Kaesbauer-Johanna Goliszewski.

No comments:

Post a Comment