Friday 9 March 2012

HaFiZ LoNgLai

KEKALAHAN pemain badminton negara Muhd Hafiz Hashim pada kelayakan Seluruh England disifatkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong sebagai ‘satu perkara yang tidak boleh diterima’.

Beliau berkata ini kerana Hafiz dijangka menggalas harapan besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selaku perseorangan kedua pada pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, Mei ini.Bekas juara Seluruh England pada 2003 itu tewas kepada pemain kurang ternama dari Taiwan, Chou Tien Chin 21-11, 15-21, 12-21.


“Saya menyaksikan permainan itu di televisyen dan terkejut dengan aksi longlai dipamerkan Hafiz.“Jika ini berterusan, saya fikir skuad negara mungkin boleh mengharapkan Datuk Lee Chong Wei untuk menyumbang kejayaan kepada skuad negara pada Piala Thomas,” katanya selepas Program Sukan Olahraga MSN-KOM 2012, semalam.

Zolkples berkata, beliau sebelum ini pernah mencadangkan kepada BAM untuk memberi peluang kepada pemain muda berbakat seperti Mohd Arif Abdul Latif dan Zulfadli Zulkifli untuk didedahkan pada kejohanan antarabangsa seperti Seluruh England.

“Hafiz sudah menunjukkan prestasi tidak menentu, BAM perlu bijak untuk mencari perseorangan kedua negara bagi memastikan kita tidak keciciran mata pada Piala Thomas,” katanya.

No comments:

Post a Comment