Wednesday 7 March 2012

'KoNsPiRaSi TerAngCaNg' JatuHkan MoHd AriF LaTiF

Menurut Razif, beliau melihat tindak tanduk BAM dalam isu Arif itu bagaikan satu konspirasi terancang untuk menidakkan tempat pemain muda itu di pusingan akhir Piala Thomas yang akan berlangsung di Wuhan, China pada 20-27 Mei ini.

“Saya tidak nafikan ada rancangan untuk memastikan Arif tidak beraksi di Wuhan. Jika tidak mengapa Arif digugurkan daripada menyertai pertandingan di Eropah, bukan hanya Seluruh England, malah Terbuka Switzerland.
“Cuba beritahu saya, kejohanan apakah yang C&T mahu menilai prestasi Arif? Terbuka Australia? “Seluruh England dan Terbuka Switzerland adalah pertandingan berprestij, semua pemain badminton mahu beraksi di kejohanan itu dan dengan menggugurkan Arif daripada dua kejohanan itu sudah tentu mengendurkan semangatnya untuk terus bermain.

“Kenapa terlalu kejam menghukum pemain hanya berdasarkan persembahannya di satu kejohanan, bagaimana pemain boleh meningkatkan prestasi dengan hanya menyertai kejohanan dua atau tiga bulan sekali.“Jika benar Arif tidak beraksi dengan baik, saya minta Chin Chai beritahu sumbangan Liew Daren hingga dia bebas daripada hukuman? “Sebagai Pengerusi C&T, beliau tidak boleh hanya mendengar cadangan daripada jurulatih Rashid Sidek dan Tey Seu Bock. Tidak adil bagi Arif kerana dia dan jurulatihnya Hendrawan tidak dipanggil mempertahankan diri.
“Sekarang jelas sekali Daren dan Chong Wei Feng adalah pemain yang dilatih Rashid dan mereka ada kelebihan untuk menyertai kejohanan,” kata Razif.
Sebelum ini, Chin Chai mendakwa tidak membaca artikel mengenai pengguguran Arif dan enggan membuat komen berhubung tindakan BAM menggugurkan pemain itu daripada dua kejohanan besar di Eropah itu kecuali memberitahu keputusan pengguguran itu sudah dibuat dalam mesyuarat C&T, sebelum ini.

Razif turut menyelar Pasukan Prestasi Tinggi (HPT), satu lagi jawatankuasa yang dipengerusikan Chin Chai, kerana tidak memantau tindak tanduk C&T.“Dua orang yang berada dalam HPT berada di Macau, apakah mereka beranggapan prestasi Daren baik walaupun gagal memenangi walau satu perlawanan? “Apa peranan HPT pada masa ini, mengapa mereka tidak memanggil pemain dan berterus terang dengan mereka apa yang perlu dipertingkatkan.

“BAM perlu ingat Arif juga harapan negara di masa akan datang. Mengapa BAM terlalu taksub dengan (Datuk) Lee Chong Wei? “Semua dilakukan atas nama Chong Wei, saya tidak nafikan negara mahukan kemasyhuran di Olimpik tapi mana pelan jangka panjang mencari pengganti Chong Wei? “Mengapa kita mahu tunggu Chong Wei bersara baru mahu bentuk penggantinya. Ini tidak betul,” kata Razif yang berang dengan tindak tanduk BAM kerana jelas menunjukkan mereka tiada perancangan.

Sumber:Harian Metro

No comments:

Post a Comment