Wednesday, 7 March 2012

ZuLfAdli MAhu Main Di PiaLa THomAs

JUARA remaja dunia, Zulfadli Zulkifli amat berharap disenaraikan bagi menyertai skuad negara pada kejohanan badminton Piala Thomas 2012 di Wuhan, China, Mei depan.

Bagaimanapun, Zulfadli, 19, enggan terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut sehingga menjejaskan fokusnya bagi menghadapi beberapa kejohanan sebelum berlangsungnya Piala Thomas.Zulfadli yang berada di bawah naungan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) berkata, dia akan memberi tumpuan kepada setiap sesi latihan serta kejohanan yang akan disertainya.

“Setiap pemain pastinya mahu beraksi pada Piala Thomas. Namun, saya tidak boleh terlalu memikirkan mengenainya sehingga tidak dapat fokus pada kejohanan lain.“Saya tidak mahu hanya disebabkan terlalu mahu beraksi pada Piala Thomas, saya terlupa saya juga ada tugas lain yang perlu di- laksanakan pada beberapa kejohanan lain.

“Biarlah saya fokus satu demi satu. Jika ada rezeki saya, pasti saya boleh beraksi pada Piala Thomas,” kata Zulfadli ketika menja- lani sesi latihan pertamanya di bawah kendalian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Kuala Lumpur Sport Arena semalam.Menurut Zulfadli, beberapa kejohanan yang akan disertai sebe- lum kempen Piala Thomas amat penting baginya kerana BAM akan membuat penilaian sama ada dia layak disenaraikan ke Wuhan atau sebaliknya.


“Jika saya tidak beraksi dengan baik, sudah pasti BAM tidak akan memilih saya untuk disenaraikan dalam skuad negara.“Disebabkan itu, saya perlu beraksi dengan baik pada setiap kejo- hanan yang saya sertai.“Saya menanamkan tekad untuk memberikan yang terbaik demi menjamin tempat dalam skuad negara,” tambahnya.

Semalam, Zulfadli hadir menjalani sesi latihan pertamanya bersama BAM di bawah kendalian ju- rulatih perseorangan negara, Hendrawan sebagai persiapan menghadapi Piala Axiata yang bermula 23 Mac ini di dua venue – Malaysia dan Indonesia.

Latihan itu juga menjadi medan buat Zulfadli untuk memburu tempat dalam skuad negara pada saingan Piala Thomas yang akan bermula 20 hingga 27 Mei depan.Ujian sulung Zulfadli bagi membuktikan kualiti yang dimilikinya adalah pada Terbuka Switzerland yang bakal berlangsung di Basel bermula 13 hingga 18 Mac ini.

Zulfadli juga akan menyertai Cabaran Antarabangsa Vietnam pada penghujung bulan ini.Nama Zulfadli mula disebut-sebut bakal menggantikan tempat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei selepas keja- yaannya merangkul gelaran juara remaja dunia dan Asia tahun lalu.

No comments:

Post a Comment