Wednesday 23 May 2012
bAhaNa SiLap LanGKah
AMARAN tahap merah terpaksa dinyalakan skuad Piala Thomas negara selepas kapten, Datuk Lee Chong Wei mengalami kecederaan yang mengakibatkan tendon buku lali kanan koyak apabila tersilap langkah ketika cuba membalas pukulan Peter Gade pada perlawanan pertama Malaysia-Denmark semalam.
Chong Wei yang mendahului 2-0 dalam set pertama terpedaya dengan helah Gade yang tiba-tiba menghantar bulu tangkis ke belakang gelanggang yang mendorong Chong Wei segera bertindak balas. Dia berjaya menghantar semula bulu tangkis ke gelanggang lawan dan ketika itulah kakinya tercedera.
Begitupun Chong Wei terpaksa menunggu selama lima minit untuk menerima rawatan daripada doktor kejohanan.
“Kami belum dapat menilai tahap kecederaannya kerana dia perlu membuat ujian imbasan MRI terlebih dulu. Kaki kanannya membengkak dengan amat teruk, dan kami tidak akan menurunkannya untuk perlawanan lain,” kata ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek.
Jurulatih perseorangan, Tey Seu Bock pula berkata, Chong Wei mungkin tidak dapat beraksi hingga sebulan kerana kecederaannya itu.
“Otot kakinya terkoyak bukan tulangnya retak. Dia mungkin berehat antara tiga hingga empat minggu, tapi masih OK untuk Olimpik,” katanya.
Menurut Seu Bock, pemain nombor satu negara itu lebih kecewa kerana gagal menyumbang untuk pasukan Piala Thomas berikutan kecederaan yang dialaminya.
Tapi, berikutan Olimpik London semakin hampir, kecederaan itu tetap dianggap sebagai satu tamparan hebat buat persiapan Chong Wei yang sebelum ini turut dilanda kecederaan bahu, selesema dan beberapa keputusan perlawanan mengecewakan.
Chong Wei yang menangis jelas berada dalam kesakitan ketika dibawa untuk menjalani ujian x-ray dan rawatan di hospital berhampiran.
Mengulas mengenai bakal timbulnya persoalan, mengapa Chong Wei harus bermain di Piala Thomas selepas pulih dari kecederaan bahu sedangkan fokus utama di Olimpik London, Rashid berkata perkara sebegitu tidak patut timbul.
“Tiada siapa jangka perkara begini akan berlaku. Jika tidak menyertai Piala Thomas sekalipun, dia mungkin cedera dalam waktu latihan.
“Olimpik masih jauh, ada tiga bulan lagi, saya harap dia tidak mengalami kecederaan parah seperti putus urat kaki. Jika cedera ringan pasti sempat pulih dalam tempoh singkat,” kata Rashid.
Label:
Lee Chong Wei,
Thomas Cup 2012,
Wuhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment