Tuesday, 22 May 2012
GaDe InTaI PelUaNg BanTai MalaYsIa
“KAMI sedia dan saya cukup bersedia berdepan Malaysia pada perlawanan terakhir kumpulan kerana kami tahu ini adalah peluang terbaik menewaskan Malaysia di negara berkecuali,” tegas bekas pemain nombor satu dunia, Peter Gade yang sekali lagi mengetuai kempen Piala Thomas Denmark.
Gade mengaku Denmark kerap berasa kecewa setiap kali berdepan Malaysia, apa lagi di bumi Malaysia seperti dua tahun lalu, namun kali ini mereka mahu membalas dendam apabila memiliki kekuatan pemain yang dianggap mengatasi skuad negara.
“Kami mengharapkan dua mata daripada beregu sambil satu lagi mata menerusi perseorangan kedua atau ketiga,” kata Gade.
“Untuk saya menghadiahkan satu mata berdepan Chong Wei agak mustahil kerana dia terlalu mantap pada masa ini tapi dua lagi perseorangan mampu menghadiahkan mata kemenangan.” Apa yang dikatakan Gade itu membayangkan kekuatan Denmark di atas kertas, namun dia mengaku, setiap kali berdepan Malaysia, apa yang diharapkan sering bertukar kekecewaan.
“Saya harap dapat berada di puncak prestasi ketika berdepan Chong Wei. Walaupun sedar dia pemain hebat, saya tidak akan menyerah begitu saja.
“Dua tahun lalu di suku akhir, Malaysia beroleh kelebihan beraksi di depan penonton sendiri tapi kali ini Wuhan adalah gelanggang berkecuali dan saya rasa kami lebih berpeluang melakukan kejutan,” kata Gade lagi.
Ketika Gade dan Jan Jorgensen diturunkan sebagai perseorangan pertama dan kedua, perseorangan ketiga masih belum dapat dipastikan kerana Hans-Kristian Vittinghus masih diulit kecederaan belakang hingga menyaksikan pemain muda, Viktor Axelsen, 18 turun sebagai perseorangan ketiga menentang Afrika Selatan kelmarin.
Bagi pemain muda itu, dia tidak gentar apabila diturunkan.
“Jika saya yang diturunkan sebagai perseorangan ketiga, saya tahu yang kami (Denmark) ada cara untuk menewaskan Malaysia. Kami yakin dapat ke suku akhir sebagai juara kumpulan C,” katanya.
Label:
Denmark,
Thomas Cup 2012,
Uber cup 2012,
Wuhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment