Wednesday, 9 May 2012
LCW DuTa CNI
“SUKAN Olimpik dan Piala Thomas sama penting.”
Demikian tegas jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang bakal menjadi sanda- ran utama Malaysia pada kedua-dua kejohanan tersebut.
Pemain No. 1 dunia itu berkata, tidak kira apa juga situasi sekalipun, dia tetap akan mempamerkan aksi terbaiknya apabila beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London, Jun depan dan Piala Thomas di Wuhan, China bermula 20 Mei ini.
Katanya, Sukan Olimpik dan Piala Thomas sama penting kerana dia beraksi bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
“Memang Sukan Olimpik temasya sukan besar, namun saya tidak pernah menganggap Piala Thomas tidak penting.
“Bagi saya, kedua-duanya sama penting. Pada Sukan Olimpik saya beraksi secara individu dan Piala Thomas pula acara berpasukan yang mana kedua-duanya saya membawa nama Malaysia.
“Apa jua situasi sekalipun, saya tetap akan mencuba untuk melakukan yang terbaik demi negara,” kata Chong Wei.
Dia berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan syarikat jualan langsung CNI Enterprise(M) Sdn. Bhd. di Shah Alam semalam.
Menerusi MOU tersebut, Chong Wei telah dilantik menjadi duta CNI selama setahun.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif CNI, Kelvin Koh.
Sebelum ini, segelintir pihak mempersoalkan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang tetap mahu menyenaraikan Chong Wei dalam skuad negara bagi menghadapi Piala Thomas di Wuhan.
Bagi mereka, Chong Wei tidak perlu disenaraikan dalam skuad negara kerana fokus utamanya kini adalah Sukan Olimpik yang mana dia diletakkan sebagai sandaran untuk membawa pulang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya berprestij itu.
Malah, kecederaan bahu kanan yang dialami Chong Wei ketika aksi final Seluruh England, Mac lalu dikhuatiri berulang jika tetap turun beraksi di negara Tembok Besar itu, sekali gus menjejaskan persiapan untuk memburu pingat emas di London.
Sementara itu, Chong Wei turut menyokong penuh keputusan yang dibuat BAM untuk membawa skuad negara menjalani latihan pusat di Dongguan, China sebagai persiapan menghadapi kempen Piala Thomas.
Jelas pemain berusia 30 tahun itu, ia merupakan peluang terbaik buat barisan pemain negara untuk memu- puk semangat berpasukan sebelum turun beraksi.
“Beraksi dalam Piala Thomas memerlukan semangat berpasukan yang cukup tinggi.
“Di Kuala Lumpur kami jarang dapat peluang untuk duduk makan, minum dan melakukan perkara-perkara lain secara bersama kerana waktu la- tihan yang berbeza antara pemain perseorangan dan beregu.
“Namun, saya percaya di Dongguan nanti ia dapat dilakukan kerana kami mempunyai tempoh lebih kurang seminggu untuk bersama sebelum beraksi pada Piala Thomas.
“Langkah tersebut penting bagi memupuk semangat berpasukan antara pemain-pemain,” jelas Chong Wei.
Selain Chong Wei yang diberi tanggungjawab sebagai pemain perseorangan pertama, cabaran Malaysia turut digalas oleh perseorangan kedua, Liew Daren, Muhammad Hafiz Ha- shim (ketiga) dan Chong Wei Feng (keempat).
Gandingan utama, Koo Kien Keat- Tan Boon Heong akan menggalas cabaran selaku beregu pertama, Goh Shem-Lim Khim Wah kedua dan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong pula ketiga.
Skuad negara akan berlepas ke Dongguan, Ahad ini bagi memulakan latihan pusat sehingga 18 Mei ini sebelum ke Wuhan sehari kemudian.
Kempen Piala Thomas kali ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Denmark dan Afrika Selatan.
Label:
Lee Chong Wei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment