Sunday, 27 May 2012

WaNg YiHaN MeNgaGumKn..

WUHAN: Pemain nombor satu dunia, Wang Yihan menampilkan aksi dramatik menyelamatkan mata penamat empat kali dalam acara perseorangan dan mengemudi tuan rumah, China menjuarai Piala Uber, sekali gus menebus kekecewaan di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

“Saya melihat Piala Uber dan berfikir ‘apa akan berlaku jika saya tewas perlawanan sekali lagi seperti 2010?’. Apapun, ia hanya membuatkan saya lebih berazam untuk membuktikan itu satu kesilapan,” kata Wang selepas menang 14-21, 22-20, 21-13 ke atas pemain nombor 11 dunia dari Korea Selatan, Sung Ji-hyun dalam perlawanan hampir 90 minit.

“Saya tidak pernah terfikir akan menangis di atas gelanggang seperti hari ini tetapi apabila saya menjerit, tiba-tiba saya terasa air mata keluar, dan apabila saya memeluk Li Yongbo (ketua jurulatih China), saya juga lihat ada air mata tangisan di matanya. Ia perlawanan yang sungguh emosi,” kata Wang.


Sepanjang minggu, pemain nombor satu dunia itu berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk membawa Piala Uber kembali ke China selepas Korea Selatan memecahkan rentetan enam kejuaraan mereka pada 2010.

Selepas kemenangan penuh emosi Wang itu, gandingan beregu pertama, Yu Yang dan Wang Xiaoli tidak memberi peluang kepada Korea Selatan untuk menyamakan kedudukan apabila menjadikan kedudukan 2-0 selepas menang 21-15, 21-13 ke atas Kim Min-jung/Ha Jun-eun, sebelum pemain nombor dua dunia, Wang Xin memastikan Piala Uber sah menjadi milik China selepas menewaskan Bae Youn-joo, 21-10, 21-16.

Kemenangan 3-0 menewaskan Korea Selatan itu adalah kemenangan Piala Uber ke-12 buat China sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1957.

No comments:

Post a Comment