Tuesday 15 May 2012
Lee ChOnG WeI Dah CaRgasSsS...
TONGGAK utama negara di pusingan akhir Piala Thomas, Datuk Lee Chong Wei disahkan makin cergas dan hampir pulih daripada masalah selsema.
Jurulatih, Tey Seu Bock berkata kapten negara itu sudah mula menjalani latihan seperti biasa semalam namun beliau tidak memberi latihan berat kerana kejohanan semakin hampir.
“Chong Wei turun berlatih hari ini dan dia nampaknya sudah pulih seperti sedia kala. Tahap kecergasannya juga menghampiri tahap maksimum seperti sebelum ini,” kata Seu Bock yang terpaksa membatalkan penerbangan ke Guangzhou, China kelmarin untuk bersama-sama Chong Wei menaiki penerbangan hari ini.
Chong Wei menghidap demam selsema yang teruk hingga menyebabkan dia mengambil penerbangan berasingan dalam usaha jurulatih mengekang jangkitan, dijadual berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan kesihatan terakhir semalam.
“Chong Wei sudah bertemu doktor dan selsema yang dihidapi sudah 80 peratus pulih,” kata Seu Bock.
Beliau juga beranggapan Chong Wei pulih sepenuhnya sebelum saingan Piala Thomas bermula dengan skuad negara menentang Afrika Selatan pada 21 Mei.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, keadaan Chong Wei tidak membimbangkan malah pemain nombor satu dunia itu dipantau pegawainya Rosdi Abdul Ghani sepanjang berada di China.
“Buat masa ini saya sering menghubungi Chong Wei untuk mendapatkan perkembangan terkini kesihatan dan tahap kecergasannya. Rosdi pula akan melaporkan perkembangan semasa pemain itu sewaktu berada di China,” kata Ramlan.
Beliau berasakan Chong Wei mampu beraksi baik di Wuhan untuk membantu pasukan merealisasikan sasaran mara ke separuh akhir.
Label:
Lee Chong Wei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment