Wednesday, 23 May 2012

GaDe RaSe BErSalaH

“INI bukan kemenangan yang saya mahukan. Saya rasa seperti seorang yang jahat apabila ini terjadi,” demikian kata Peter Gade, menyesal dan berasa bersalah menyebabkan harapan emas Olimpik negara, Datuk Lee Chong Wei mengalami kecederaan.

Gade berkata, dia tahu Chong Wei tertekan kerana terlalu banyak perkara bermain dalam kotak fikiran pemain nombor satu dunia itu.


“Saya tahu keadaannya, bagaimana kecederaan itu boleh terjadi. Kami sama-sama memburu mata untuk pasukan tapi Chong Wei tersilap langkah. Saya tahu ia amat menyakitkan." “Chong Wei pasti tertekan, dia harapan mata buat Malaysia dan juga mahu bermain di Olimpik. Memang berat tekanan yang dipikulnya ketika ini.” Gade memohon maaf kepada Chong wei atas apa yang terjadi selepas pemain negara itu memutuskan untuk menarik diri ketika kedudukan mata 2-1.

“Tadi (semalam) saya harap doktor masuk dengan cepat, terlalu banyak masa yang diambilnya. Apapun saya doakan Chong Wei pulih dengan segera dan dapat beraksi di Olimpik,” kata Gade.


No comments:

Post a Comment